11 Jul 2026, Megalanes, Emart Batu Kawa - Pada 11 Julai 2026, Daya Builders Sdn. Bhd. telah menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup “DBSB BOWL & CHILL 2026 BOWLING COMPETITION” yang berlangsung di Megalanes, Emart Batu Kawa, melibatkan penyertaan staf dan kakitangan Syarikat. 

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya kerja yang positif dalam kalangan warga Daya Builders Sdn. Bhd. Di samping menyemarakkan semangat kesukanan, program ini turut menjadi platform bagi menghargai komitmen dan kebersamaan seluruh warga kerja.